q Faktor pertama, warna mektar dan kandungan debunga yang telah
bercampur dengan mektar yang dipungut didapati warnanya ada yang merah dan ada
yang gelap.
q Faktor kedua, tempoh penyimpanan madu, iaitu makin lama disimpan,
semakin gelap warnanya disebabkan tindakan enzim semulajadi dalam madu
tersebut.
Bahan Mineral dan Vitamin Dalam Madu Lebah.
Bahan
mineral dan vitamin yang terdapat dalam Madu lebah amat diperlukan oleh tubuh
badan manusia. Berikut adalah antara vitamin yang terdapat dalam madu lebah:
VITAMIN A
Menggalakkan
pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit
serta mengelakkan rabun.
VITAMIN B
Membantu
pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata
dan membantu proses metabolisma.
VITAMIN C
Membantu
mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat
besi, membentuk tulang dan gigi.
VITAMIN D
Pertumbuhan
normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah dan
menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus menjaga kesihatan tulang dan gigi.
VITAMIN E
Sangat
penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran
daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma,
mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah. Sebagai
antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan
melambatkan penuaan
VITAMIN K
Baik
untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk
struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Terdapat
lebih daripada 172 vitamin dalam MADU dan masih lagi dikaji vitamin dan bahan
yang lain belum dikenali.
Bagaimana Lebah Menghasilkan Madu?
Lebah
mengumpul nektar iaitu manisan dan debunga daripada bunga, tetapi hanya nektar
digunakan untuk membuat madu. Debunga melekat pada bulu-bulu kaki belakang
lebah manakala nektar di dalam perut lebah dan diangkut balik ke sarang. Nektar
sebenarnya adalah larutan manisan yang mana lebih kurang 50% larutan tersebut
terdiri daripada gula selebihnya air. Di sarang, nektar akan dibiarkan tersejat
untuk beberapa hari sehingga 83%. Proses penyejatan dipercepatkan oleh
pergerakan udara yang terhasil oleh pergerakan sayap lebah. Setiap sel sarang
dilitupi oleh lapisan lilin propolis. Gula glukosa dan fruktosa yang terdapat
dalam madu adalah terlalu pekat menyebabkan sukar bagi kulat dan mikro-organisma
untuk hidup di dalam sarang lebah. Madu yang terhasil mempunyai rasa yang
berbeza dan musim nektar itu diambil oleh lebah.
Madu
terkenal sebagai manisan semula jadi yang kaya dengan sumber kesihatan. Rahsia
kebaikan madu dalam penyembuhan secara semulajadi terbongkar oleh saintis
perubatan terkemuka dunia. Kehebatan madu sering kali dikaitkan dengan rasanya
yang enak dengan aroma yang memikat. Tahukah anda bahawa sebenarnya madu telah
digunakan sejak berkurun lamanya, kerana madu ada kuasa penyembuhan yang hebat.
Ia digunakan dalam rawatan teraputik dan perubatan purba.
Madu Lebah Sebagai Bahan Anti oksidan
Madu
lebah dikatakan mempunyai aktiviti antioksidan. Namun secara amnya madu lebah
yang lebih pekat warnanya (dark-coloured honey) mempunyai kadar antioksidan
yang tinggi (terdapat beberapa pengecualian dalam keadaan tertentu). Bahan
antioksidan berfungsi menghalang bahan-bahan radikal bebas daripada bertindak
ke atas sel-sel badan. Radikal bebas ini apabila dibiarkan, akan bertindak ke
atas sel-sel sehingga boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan sebahagian
daripada sel-sel tersebut bertukar menjadi kanser.
FAKTA MENAKJUBKAN MENGENAI MADU DAN KESIHATAN
·
Madu mengandungi vitamin
dan anti oksidan tetapi bebas lemak, kolestrol dan garam.
·
Ia mempunyai antioksidan
pada paras kandungan yang sama dalam bayam dan ia baik untuk kesihatan jantung
anda
·
Salah satu antioksidan
dipanggil 'pinocerin' hanya boleh ditemui di dalam madu.
·
Sejak bertahun-tahun,
penyanyi opera yang bersuara lantang mengamalkan madu untuk meningkatkan tenaga
dalaman badan & melegakan tekak sebelum membuat persembahan.
·
Madu adalah satu-satunya
makanan yang mengandungi semua unsur yang perlu untuk kehidupan termasuk air.
·
Madu mempunyai keupayaan
untuk menarik dan menyerap lembapan, oleh itu ia sangat mujarab untuk merawat
luka terbakar yang kecil dan mencegah parut.
·
Madu mempercepatkan
penyembuhan luka terbuka dan melawan jangkitan.
·
Seawal Perang Dunia
Pertama, madu telah dicampurkan dengan minyak ikan kod untuk merawat &
mencuci luka di medan perang.
·
Sains moden telah
mengiktiraf madu sebagai agen bakteria bermakna ia boleh mencegah pertumbuhan
sesetengah bakteria, yis dan kulat.
·
Madu dan sarang lebah
merupakan bahan asas kepada krim kulit, lipstik dan losyen tangan.
·
Pada awal tahun 1700-an,
Permaisuri Anne dari England telah mencipta bahan campuran madu & minyak
zaitun supaya rambutnya sihat dan bersinar.
·
Kajian terkini membuktikan
sesetengah atlit yang minum madu sebelum dan selepas acara sukan dapat
mengembalikan semula keupayaannya lebih cepat dari mereka yang tidak minum
madu.
TIPS MENJAGA KHASIAT MADU
· Jangan simpan madu di dalam peti ais atau di tempat yang panas secara
langsung. simpan pada suhu bilik.
· Jangan simpan madu dalam bekas logam seperti besi
· Jika madu dalam botol masih mempunyai banyak gas, jangan goncang botol
tersebut. ini dapat mengelakkan berlakunya letupan atau botol pecah akibat
tekanan gas dalam botol tersebut.
· Jangan simpan madu ditempat yang berbau busuk, kerana madu bersifat
mudah menyerap.
· Elakkan minum madu dan makan tembikai
· Minumlah 1 sudu besar madu bersama air suam setiap pagi untuk kesegaran
sepanjang hari
· Jangan minum madu menggunakan sudu besi atau logam
No comments:
Post a Comment