Tuesday, 16 October 2012

HADIS


HADIS

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibuat oleh manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah di mudahkan. Kemudian dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berpikir.(Surah An Nahl ayat 68-69)
Khasiat Dan Manafaat Madu
Madu boleh diamalkan Oleh :
1. Janin : Madu dapat memperkuat janin yang lemah dalam kandungan ( rahim ).
2. Ibu mengandung : Madu membantu menjaga stamina dan kesihatan selama mengandung bayi, dan membantu asupan gizi yang tinggi bagi pertumbuhan janin yang sihat selama dalam kandungan.
3. Bayi : Membantu perkembangan otak bayi, karana setiap hari otak terus berkembang sampai  usia 5 tahun. Untuk itu ia memerlukan gizi yang tinggi. Pertumbuhan dan perkembangan otak berkait dengan kecerdasan pikiran (IQ ) dan kecerdasan mental ( EQ ) . Hal ini dapat dilihat sekarang ini aneka produk makanan tambahan baik susu atau bubur bayi yang di formulasikan dengan madu seperti Dancow , Frisian Flag dan Sustagen .
4. Anak-anak : membantu agar nafsu makan meningkat, sehingga anak tumbuh sihat , lincah dan riang serta tahan penyakit.
5. Remaja : Khasiat madu pada akil baligh remaja membuat tumbuh sangat cepat ,gizi yang baik dan teratur akan membuat pertumbuhan tubuh menjadi sempurna.
6. Dewasa : Tingkat kelelahan dan pekerjaan yang menumpuk mengakibatkan stress sehingga tubuh menjadi lemah dan mudah terserang penyakit . Dalam hal ini para pekerja yang bekerja keras seharian penuh ( long shift ) tanpa zat gizi yang memadai rawan terjangkiti penyakit seperti thypus , radang , serta infeksi bakteri lainnya maka dalam hal ini Madu adalah makanan tambahan terbaik.
7. Lanjut Usia : Madu adalah makanan terbaik yang sangat diperlukan bagi orang yang berumur , karana madu adalah sumber energi dan gizi yang dapat diserap terus oleh tubuh , dimana pada usia tersebut organ pencernaan kita sudah mulai berkurang fungsinya

KUANTITI YANG DI SYORKAN

Untuk mendapatkan khasiat dan manfaat dari MADU, dalam mengkonsumsi sebaiknya menggunakan takaran yang direkomendasikan
Pagi : Dewasa : 40 gr /2 senbuk makan Anak-anak : 20 gr /1 sendok makan
Siang : Dewasa : 30 gr /1 senduk makan Anak-anak : 15 gr / 1/2 sendok makan
Malam : Dewasa : 30 gr /1 sendok makan Anak-anak : 15 gr / 1/2 sendok makan


PERBEZAAN MADU ASLI,MADU TIRUAN DAN MADU TERNAK 

  • Madu asli dalam botol mudah diterbalikkan dan apabila digoncang menghasilkan buih dan warnanya berubah
  • Madu ternak dan madu tiruan mengalir perlahan apabila diterbalikkan, sukar digoncang.
  • Madu asli apabila disapu di belakang tapak tangan akan meresap ke dalam kulit dengan cepat dan iannya juga tidak melekit.


JENIS - JENIS MADU DAN KHASIATNYA


    1. MADU BUNGA KAPUKRANDA, berkhasiat : meningkatkan nafsu makan, meningkatkan daya tahn tubuh, mengubati seriawan, mengubati luka bakar ( dioles pada bahagian yang luka ), memperlancar fungsi otak
    2. MADU BUNGA KOPI, berkhasiat : meningkatkan daya tahan tubuh, membuat lena tidur , memperlancarkan fungsi otak, mengubati luka bakar ( dioles pada bahagian yang luka )

    3. MADU KARET, berkhasiat : meningkatkan daya tahan tubuh, mengobati keputihan, mengubati gatal - gatal, mengubati alergik, memperlancarkan fungsi otak, mengubati luka bakar ( dioles pada bahagian yang luka ).

    4. MADU BUNGA KLENGKENG / SONOKELING, berkhasiat ; meningkatkan daya tahan tubuh , memperlancarkan urine, memperkuatkan fungsi ginjal, mengubati sakit pinggang, mempercepatkan penyembuhan luka, memperlancarkan fungsi otak, mengubati luka bakar ( dioles pada bahagian yang luka ).

    5. MADU BUNGA DURIAN, berkhasiat: meningkatkan daya tahan tubuh, menghilangkan rasa loya, membuat lena tidur, memperlancarkan fungsi otak, mengubati luka bakar ( dioles pada bahagian yang luka ).

    6. MADU BUNGA RAMBUTAN, berkahsait: meningkatkan daya tahan tubuh , memperlancarkan urine, memperkuatkan fungsi ginjal, mengubati sakit pinggamg, memperlancarkan fungsi otak, mengubati luka bakar ( dioles pada bahagian yang luka ).

    7. MADU BUNGA APEL/ JAMBU AIR, berkhasiat : meningkatkan daya tahan tubuh,menghilangkan rasa loya, memperkuatkan kandungan bagi ibu hamil, memperlancarkan fungsi otak, membuat lena tidur, mengubati luka bakar ( dioles pada bahagian yang luka ).

    8. MADU BUNGA MANGGA, berkhasiat: meningkatkan daya tahan tubuh, menghilangkan rasa loya, memperkuatkan kandungan bagi ibu hamil,memperlancarkan fungsi otak, mengubati luka bakar ( dioles pada bahagian yang luka ).

    9. MADU BUNGA KALIANDRA,  berkhasiat : meningkatkan daya tahan tubuh , meningkatkan hormone, memperlancarkan percernaan, mengobati darah tinggi, membuat lena tidur, mengubati luka bakar ( dioles pada bahagian yang luka ).

    10. MADU LOKAL / MADU HUTAN, berkhasiat :meningkatkan daya tahan tubuh, mengubati darah tinggi, mengubati reumatik, memperlancarkan fungsi otak, mengubati luka bakar ( dioles pada bahagian yang luka ).

    11. MADU BUNGA MAHONI / JAMBU NENTE, berkhasiat : meningkatkan daya tahan tubuh, mengubati sakit malaria, mengubati keputihan bagi wanita,memperlancarkan fungsi otak, mengubati luka bakar ( dioles pada bahagian yang luka ).

    12. MADU POLLEN ( MADU + TEPUNGSARI BUNGA), berkhasiat : meningkatkan daya tahan tubuh, meningkatkan hormone, menyuburkan peranakan, mengobati keputihan bagi wanita, menghaluskan muka dan menghilangkan jerawat serta menjadikan kulit muka tidak berkedut, menghilangkan rasa letih yang berpanjangan , memperlancar fungsi otak, mengubati darah tinggi dan jantung.

    13. MADU SUPER ( MADU +TEPUNGSARI BUNGA + ROYAL JELLY ), berkhasiat : meningkatkan daya tahan tubuh, meningkatkan hormone, menyuburkan peranakan bagi wanita, mengubati penyakit darah tinggi dan jantung . mengubati sel tubuhyang rosak, mengendurkan bahagian saraf yang tegang, menghilang rasa letih yang berpanjangan, memperlancarkan fungsi otak

    14. ROYAL JELLY, berkhasiat :meningkatkan daya tahan tubuh, meningkatkan produksi hormone, menyuburkan peranakan, mengubati darah tinggi, memperlancarkan urine, memperkuatkan ginjal,mengubati sakit pinggang, mengendurkan bahagian saraf yang tegang, menghilangkan rasa letih yang berpanjangan, mempelancarkan fungsi otak

    15. TEPUNGSARI BUNGA ( BEE POLLEN ), berkhasiat : meningkatkan daya tubuh, memperlambat proses penuaan dan menghaluskan kulit muka, menurunkan kolesterol, memperlancarkan fungsi pencernaan, mengobati asma, dapat dikonsumsi penderita Diabetis

    16. PROLIS, berkhasiat : meningkatkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit. membantu , mengubati dan menjaga kulit dari masalah seperti jerawat, gatl - gatal, menjaga mulut tetap segar dan nyaman, membantu memperbaiki jaringan tubuh. menyejukan radang tenggorokan dan masalah sinusitis.

Tuesday, 9 October 2012

Apa itu madu?

Madu adalah campuran beberapa jenis gula dengan air dan mengandungi sedikit bahan-bahan seperti logam, asid dan enzim. Madu dihasilkan daripada mektar yang diambil oleh lebah pekerja dari bahagian tertentu pokok yang mengeluarkan nektar misalnya bunga. Madu disimpan pada sel-sel di dalam haif sebagai makanan.Terdapat pelbagai jenis madu dan perbezaan bergantung pada warna, rasa dan kepekatan madu tersebut.
q Faktor pertama, warna mektar dan kandungan debunga yang telah bercampur dengan mektar yang dipungut didapati warnanya ada yang merah dan ada yang gelap.
q Faktor kedua, tempoh penyimpanan madu, iaitu makin lama disimpan, semakin gelap warnanya disebabkan tindakan enzim semulajadi dalam madu tersebut.

Bahan Mineral dan Vitamin Dalam Madu Lebah.
Bahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam Madu lebah amat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Berikut adalah antara vitamin yang terdapat dalam madu lebah:
VITAMIN A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
VITAMIN B
Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata dan membantu proses metabolisma.
VITAMIN C
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
VITAMIN D
Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus menjaga kesihatan tulang dan gigi.
VITAMIN E
Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan
VITAMIN K
Baik untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.

Terdapat lebih daripada 172 vitamin dalam MADU dan masih lagi dikaji vitamin dan bahan yang lain belum dikenali.

Bagaimana Lebah Menghasilkan Madu?
Lebah mengumpul nektar iaitu manisan dan debunga daripada bunga, tetapi hanya nektar digunakan untuk membuat madu. Debunga melekat pada bulu-bulu kaki belakang lebah manakala nektar di dalam perut lebah dan diangkut balik ke sarang. Nektar sebenarnya adalah larutan manisan yang mana lebih kurang 50% larutan tersebut terdiri daripada gula selebihnya air. Di sarang, nektar akan dibiarkan tersejat untuk beberapa hari sehingga 83%. Proses penyejatan dipercepatkan oleh pergerakan udara yang terhasil oleh pergerakan sayap lebah. Setiap sel sarang dilitupi oleh lapisan lilin propolis. Gula glukosa dan fruktosa yang terdapat dalam madu adalah terlalu pekat menyebabkan sukar bagi kulat dan mikro-organisma untuk hidup di dalam sarang lebah. Madu yang terhasil mempunyai rasa yang berbeza dan musim nektar itu diambil oleh lebah.
Madu terkenal sebagai manisan semula jadi yang kaya dengan sumber kesihatan. Rahsia kebaikan madu dalam penyembuhan secara semulajadi terbongkar oleh saintis perubatan terkemuka dunia. Kehebatan madu sering kali dikaitkan dengan rasanya yang enak dengan aroma yang memikat. Tahukah anda bahawa sebenarnya madu telah digunakan sejak berkurun lamanya, kerana madu ada kuasa penyembuhan yang hebat. Ia digunakan dalam rawatan teraputik dan perubatan purba.

Madu Lebah Sebagai Bahan Anti oksidan
Madu lebah dikatakan mempunyai aktiviti antioksidan. Namun secara amnya madu lebah yang lebih pekat warnanya (dark-coloured honey) mempunyai kadar antioksidan yang tinggi (terdapat beberapa pengecualian dalam keadaan tertentu). Bahan antioksidan berfungsi menghalang bahan-bahan radikal bebas daripada bertindak ke atas sel-sel badan. Radikal bebas ini apabila dibiarkan, akan bertindak ke atas sel-sel sehingga boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan sebahagian daripada sel-sel tersebut bertukar menjadi kanser.

FAKTA MENAKJUBKAN MENGENAI MADU DAN KESIHATAN
·        Madu mengandungi vitamin dan anti oksidan tetapi bebas lemak, kolestrol dan garam.
·        Ia mempunyai antioksidan pada paras kandungan yang sama dalam bayam dan ia baik untuk kesihatan jantung anda
·        Salah satu antioksidan dipanggil 'pinocerin' hanya boleh ditemui di dalam madu.
·        Sejak bertahun-tahun, penyanyi opera yang bersuara lantang mengamalkan madu untuk meningkatkan tenaga dalaman badan & melegakan tekak sebelum membuat persembahan.
·        Madu adalah satu-satunya makanan yang mengandungi semua unsur yang perlu untuk kehidupan termasuk air.
·        Madu mempunyai keupayaan untuk menarik dan menyerap lembapan, oleh itu ia sangat mujarab untuk merawat luka terbakar yang kecil dan mencegah parut.
·        Madu mempercepatkan penyembuhan luka terbuka dan melawan jangkitan.
·        Seawal Perang Dunia Pertama, madu telah dicampurkan dengan minyak ikan kod untuk merawat & mencuci luka di medan perang.
·        Sains moden telah mengiktiraf madu sebagai agen bakteria bermakna ia boleh mencegah pertumbuhan sesetengah bakteria, yis dan kulat.
·        Madu dan sarang lebah merupakan bahan asas kepada krim kulit, lipstik dan losyen tangan.
·        Pada awal tahun 1700-an, Permaisuri Anne dari England telah mencipta bahan campuran madu & minyak zaitun supaya rambutnya sihat dan bersinar.
·        Kajian terkini membuktikan sesetengah atlit yang minum madu sebelum dan selepas acara sukan dapat mengembalikan semula keupayaannya lebih cepat dari mereka yang tidak minum madu.

TIPS MENJAGA KHASIAT MADU
·       Jangan simpan madu di dalam peti ais atau di tempat yang panas secara langsung. simpan pada suhu bilik.
·       Jangan simpan madu dalam bekas logam seperti besi
·       Jika madu dalam botol masih mempunyai banyak gas, jangan goncang botol tersebut. ini dapat mengelakkan berlakunya letupan atau botol pecah akibat tekanan gas dalam botol tersebut.
·       Jangan simpan madu ditempat yang berbau busuk, kerana madu bersifat mudah menyerap.
·       Elakkan minum madu dan makan tembikai
·       Minumlah 1 sudu besar madu bersama air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari
·       Jangan minum madu menggunakan sudu besi atau logam